Images
  • cable beach google street view
    (Gambar: Google Street View)

Lelaki maut dibaham jerung di Pantai Cable di Australia Barat

SYDNEY: Seorang lelaki meninggal dunia pada Ahad (22 Nov) selepas diserang seekor ikan jerung di Australia Barat, iaitu kali kelapan kejadian seumpama itu berlaku di Australia tahun ini.

Kejadian berlaku di Pantai Cable yang popular dalam kalangan pelancong pada kira-kira pukul 8.40 pagi.

Lelaki berusia 55 tahun itu ditarik keluar dari laut dalam keadaan cedera parah dan diberi rawatan oleh pegawai polis sebelum pasukan perubatan tiba di tempat kejadian.

Menurut polis, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Laporan media tempatan menyatakan bahawa lelaki itu dibaham jerung di bahagian peha dan tangan. Jenis jerung yang terbabit dalam serangan itu pula tidak diketahui.

Menyusuli kejadian itu, pantai yang terletak 1,600 kilometer ke utara bandar Perth itu ditutup.

Lapan kejadian serangan jerung dalam setahun itu adalah jumlah tertinggi dalam masa 90 tahun di Australia.

Penggunaan jaring jerung di pantai-pantai popular pada tahun 1930-an menyebabkan jumlah serangan jerung membawa maut berkurangan secara mendadak. 

- Agensi berita/NF/ha

Top