Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki maut dalam pergaduhan kongsi gelap

Seorang lelaki maut ditikam manakala seorang remaja lelaki cedera dipercayai akibat pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap di sebuah dekat Skudai, hari ini (11 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki maut dalam pergaduhan kongsi gelap

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 11 Nov 2018 08:22PM Dikemas Kini : 11 Nov 2018 08:26PM

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut ditikam manakala seorang remaja lelaki cedera dipercayai akibat pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap di sebuah dekat Skudai, hari ini (11 Nov).

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata kejadian pada 12.30 tengah hari itu berlaku selepas lelaki berumur 21 tahun dan remaja berumur 15 tahun bersama tiga lagi rakannya memasuki kawasan sekolah berkenaan semasa berlangsung program karnival jualan amal. Pergaduhan tercetus antara mereka dengan beberapa suspek dalam dewan sekolah.

"Salah seorang suspek kemudian menikam lelaki itu dan dia sempat melarikan diri sebelum rebah di luar sekolah akibat cedera di dada kanan, manakala remaja berkenaan pula cedera di lengan kiri," katanya.

Polis bertindak atas maklumat orang awam dan bergegas ke sekolah itu lalu menahan 12 suspek yang kesemuanya lelaki berumur antara 15 dan 21 tahun. Beberapa lagi suspek masih lagi diburu bagi membantu siasatan.

ACP Mohd Taib berkata pergaduhan itu tidak melibatkan pelajar sekolah berkenaan, namun salah seorang daripada suspek yang ditahan merupakan bekas pelajar sekolah itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk bedah siasat manakala yang cedera turut dirawat di hospital sama,” katanya. Polis mendedahkan berjaya mengesan sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan