Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki korban pertama banjir gelombang kedua di Kelantan

Seorang lelaki berusia 57 tahun dari Kampung Renak, Bukit Bunga, di sini menjadi mangsa korban pertama akibat lemas pada banjir gelombang kedua di Kelantan yang bermula hari ini (18 Dis).  

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki korban pertama banjir gelombang kedua di Kelantan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Dec 2019 04:13PM Dikemas Kini : 18 Dec 2019 04:18PM

TANAH MERAH: Seorang lelaki berusia 57 tahun dari Kampung Renak, Bukit Bunga, di sini menjadi mangsa korban pertama akibat lemas pada banjir gelombang kedua di Kelantan yang bermula hari ini (18 Dis).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Encik Mohd Adni Ibrahim berkata mangsa dikenali sebagai Encik Shaimee Ismail, 57 tahun, dijumpai penduduk kampung selepas dipercayai lemas akibat dihanyutkan arus deras pada pukul 9.00 pagi.

“Mangsa ditemui 200 meter dari tempat tergelincir berhampiran rumahnya, dipercayai sebelum itu cuba untuk menyelamatkan diri selepas rumahnya ditenggelami air sedalam lebih 1 meter,” katanya di sini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tanah Merah untuk tindakan lanjut," katanya.

Banjir gelombang pertama di Kelantan sebelum ini sudah meragut tiga nyawa.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan