Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki kesot dalam 'claw machine' untuk curi 2 mainan

Siapa sangka, boneka dalam claw machine atau mesin mainan pun boleh menjadi sasaran si pencuri.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki kesot dalam 'claw machine' untuk curi 2 mainan

Lelaki ini cuba mencuri boneka dan bantal dari satu mesin. (Petikan gambar dari video YouTube)

Diterbitkan : 17 Dec 2018 02:15PM Dikemas Kini : 17 Dec 2018 02:22PM

TAIWAN: Siapa sangka, boneka dalam claw machine atau mesin mainan pun boleh menjadi sasaran si pencuri.

Lebih mencuit hati, pencuri ini mempunyai tubuh begitu 'fleksibel' sehingga mampu masuk ke dalam mesin tersebut lalu mencuri dua boneka.

Satu kamera CCTV di daerah Xinzhuang, Taiwan, merakam percubaan seorang lelaki yang pada awalnya duduk di lantai di hadapan sebuah mesin mainan, lapor Daily Mail.

Tidak lama selepas itu, dia memasukkan kepalanya melalui satu ruang pada mesin itu, sebelum dengan perlahan-lahan mengesot ke dalamnya.

Separuh tubuhnya berjaya memasuki mesin tesebut. Lelaki berkenaan kemudian berehat seketika sebelum mengambil satu objek dari pangkuannya.

Menurut Daily Mail, lelaki terbabit kemudian kelihatan sedang membelek-belek sesuatu dalam mesin itu sebelum mengambil beberapa patung mainan.

Malah, dia sempat berfikir seketika tentang mainan-mainan yang diambil di mana dia kelihatan kepayahan untuk melihat dengan jelas mainan-mainan yang ada dalam mesin itu.

Akhirnya, mainan berwarna merah jambu dan bantal cokelat berbentuk donat menjadi pilihannya.

Selepas mendapat mainan yang diiginkan, dia lantas melarikan diri ke sebuah arked berdekatan.

Seorang kakitangan, Encik Shi Chengyu, menyedari pencurian berlaku di kedai tersebut selepas melihat rakaman CCTV pada keesokan harinya.

"Pencuri itu boleh melenturkan badannya dengan baik sekali," kata Encik Shi kepada Daily Mail.

"Keupayaannya sangat menakjubkan, tetapi kami masih perlu membuat aduan polis.

"Dia hanya perlu membayar jumlah yang kecil untuk bermain mesin itu, hanya NT$10 (S$0.45).

"Mesin itu disediakan dengan tujuan supaya orang ramai dapat bermain dan berseronok. Tidak lagi memuaskan sekiranya anda perlu menipu sehingga memanjat masuk mesin," tambah Encik Shi.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan