Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki kerugian RM487,000 ditipu sindiket Macau Scam

Seorang lelaki berputih mata selepas mengalami kerugian RM487,000 (S$160,000) akibat ditipu sindiket Macau Scam.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki kerugian RM487,000 ditipu sindiket Macau Scam

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 16 Apr 2019 11:29AM Dikemas Kini : 16 Apr 2019 11:32AM

KUCHING: Seorang lelaki berputih mata selepas mengalami kerugian RM487,000 (S$160,000) akibat ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata lelaki yang berusia lewat 20-an itu mendakwa menerima panggilan yang mengatakan mangsa mempunyai tunggakan bayaran kad kredit.

“Mangsa menafikan perkara tersebut kerana tidak mempunyai kad kredit, kemudian panggilan itu disambungkan  ke talian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu kononnya mangsa terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan pecah amanah.

Kemudian mangsa diarahkan untuk membuka akaun baharu dan menyerahkan butiran perbankan tersebut kononnya untuk proses penyiasatan Juruaudit Negara. Semalam, ketika mangsa menyemak semula akaun baharunya beliau mendapati wang simpanannya itu sudah lesap,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin (15 Apr).

Supt Mustafa berkata, kerana takut dan panik, mangsa bertindak mengikut kesemua arahan sindiket tanpa usul periksa walaupun tahu mengenai Macau Scam melalui pelbagai saluran media.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan