Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ini pecah Rekod Dunia Guinness, bengkok batang besi paling banyak dalam 48 saat

Seorang lelaki Sri Lanka memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan membengkokkan jumlah batang besi paling banyak dalam masa kurang satu minit

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ini pecah Rekod Dunia Guinness, bengkok batang besi paling banyak dalam 48 saat

(Gambar: Janaka Kanchana Mudannayaka/ Facebook)

Diterbitkan : 23 Feb 2018 09:28PM Dikemas Kini : 23 Feb 2018 09:32PM

HANGURANKETHA KITHULPE: Seorang lelaki Sri Lanka memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan membengkokkan jumlah batang besi paling banyak dalam masa kurang satu minit.

Janaka Kanchana Mudanna-yake membengkokkan sejumlah 22 batang besi berukuran 12mm dalam 48 saat, sekali gus mencatat rekod baru.

Sebelum ini, rekod itu dicatat oleh seorang lelaki Armenia yang membengkokkan 18 batang besi dalam masa satu minit.

Berat setiap besi adalah 900 gram.

Menurut laporan Daily News, Janaka sebelum ini memegang empat Rekod Dunia Guinness lain ketika beliau masih berusia 16 tahun.

Beliau berkata impiannya adalah untuk menjadi pemegang rekod dunia yang tertinggi, seperti ditukil Daily News. Buat masa ini, beliau sudah berjaya mendapat empat daripada 18 rekod untuk mencapai impiannya.

Janaka berharap dapat mencapai impiannya dalam tempoh dua tahun.  

Sumber : CNA/Agensi berita/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan