Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ini jalan 32 kilometer ke tempat kerja, terima kereta sebagai hadiah dari CEO

Walter Carr terpaksa berjalan kaki selama tujuh jam dari rumahnya untuk sampai ke tempat kerja

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ini jalan 32 kilometer ke tempat kerja, terima kereta sebagai hadiah dari CEO

Walter Carr mendapat sebuah kereta daripada syarikatnya selepas kisahnya diketahui CEO. (Gambar: Jabatan Polis Pelham/ Twitter)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 11:22PM Dikemas Kini : 26 Jul 2018 11:41PM

ALABAMA: Mesti ramai yang tidak sanggup berjalan kaki sejauh 32 kilometer untuk sampai ke tempat kerja. Tetapi, lelaki ini membuktikan sebaliknya.

Walter Carr, sepatutnya mula bekerja dengan sebuah syarikat perkhidmatan pindah rumah pada Ahad lalu (15 Jul), tetapi keretanya rosak.

Kerana tidak mahu terlambat, beliau tiada pilihan lain melainkan terpaksa berjalan kaki selama tujuh jam dari rumahnya di Homewood ke Pelham, lapor CBC News.

Walter meninggalkan rumahnya pada tengah malam dan berjalan kaki sepanjang malam untuk tiba di tempat kerjanya pada masa ditetapkan.

Menurut CBC News, Walter terserempak dengan polis pada awal pagi.

Sebaik sahaja polis mendengar ceritanya, mereka membawa Walter bersarapan pagi dan menumpangkan beliau ke sebuah rumah, di mana Walter dijadualkan bertugas mengemas dan mengangkut barang.

Polis berkongsi kisah Walter dengan Jenny Lamey dan tuan rumah itu amat kagum dengan kesungguhannya lalu berkongsi kisahnya di Facebook.

"Beliau dari New Orleans. Beliau dan ibunya hilang tempat tinggal selepas Taufan Katrina lalu mereka pindah dan tinggal di Birmingham," tulis Cik Jenny.

"Saya jemput untuk berehat sebelum rakan-rakan kerjanya yang lain sampai. Tetapi beliau enggan berehat meski sudah berjalan selama berjam-jam," tambah Cik Jenny seperti ditukil CBC News.

Posting itu segera tular dan mendapat perkongsian yang banyak hingga sampai ke pengetahuan CEO syarikat Bellhops, Luke Marklin yang berbesar hati menghadiahkan kereta Ford Escape (2014) kepada pekerjanya itu.

Dalam video yang dikongsi syarikat itu sendiri, Walter kelihatan sangat gembira. Malah beliau hampir menangis semasa duduk di kerusi pemandu.

Polis tempatan turut memuji semangat waja lelaki itu, lapor CBC News.

"Kisahnya sangat jarang didengari. Kami perlukan lebih ramai 'Walters'," komen seorang pengguna Twitter. "Syabas Walter. Sangat membanggakan melihat orang muda bersemangat melakukan perkara yang betul dan boleh dipercayai."  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan