Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ini boleh membuat pisau daripada bahan makanan, kertas dan kain

Satu saluran YouTube yang tular menunjukkan seorang lelaki membuat pisau daripada pelbagai bahan aneh, termasuk agar-agar!

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ini boleh membuat pisau daripada bahan makanan, kertas dan kain

Pisau yang dibuat daripada agar-agar (Petikan YouTube: Kiwami Japan)

Diterbitkan : 12 Sep 2018 12:24AM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 12:40AM

JEPUN: Orang tua-tua sering menasihati kita supaya berhati-hati dengan gunting di dalam lipatan. Namun tidak pernah pula mereka memberi amaran tentang pisau yang dibuat daripada lipatan kain!

Mungkin bunyinya janggal, malah tidak masuk akal, namun inilah berjaya dilakukan oleh seorang lelaki di Jepun.

Laman Mashable melaporkan tentang saluran ‘Kiwami Japan’ di YouTube yang memuat naik pelbagai video menunjukkan proses penghasilan pisau.

Namun, apa yang menarik tentang saluran yang diikuti oleh lebih 1.2 juta pengguna itu adalah pilihan barang yang digunakan untuk membuat pisau-pisau tersebut.

Sedang perkakas dapur itu lazimnya dibuat daripada besi, barang logam ataupun siramik, Mashable melaporkan bahawa Kiwami Japan membuat pisau daripada agar-agar, kain dan pelbagai benda yang aneh-aneh!

Pisau pasta? Pun ada juga!

Anda boleh tonton sendiri video yang sudah dapat lebih enam juta tontonan dan 74,000 tanda suka di sini:

Apa yang lebih menarik lagi, ‘pisau’ pasta itu boleh dimakan selepas direbus.

Menurut Mashable, proses pembuatan bagi kebanyakan pisau di saluran YouTube itu memakan masa yang lama - hingga berminggu-minggu.

Namun ketelitian yang ditunjukkan dalam proses menghasilkan pisau yang tajam daripada bahan yang tidak disangka-sangka itu pastinya membuat penonton teruja.

Ini satu lagi video, menunjukkan pisau yang dibuat daripada beras:

Peribahasa Melayu berbunyi: belakang parang diasah, lagikan tajam. Nampaknya, beras yang diasah pun lama-lama tajam juga. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan