Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki dituduh serang masjid NZ minta perbicaraan dipindah dari Christchurch

Para peguam lelaki dituduh melakukan serangan ke atas dua masjid di New Zealand yang meragut nyawa 51 orang pada Mac lalu meminta agar perbicaraannya dipindahkan dari bandar Christchurch, tempat serangan itu berlaku, kata seorang hakim pada Khamis (15 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dituduh serang masjid NZ minta perbicaraan dipindah dari Christchurch

Brenton Tarrant didakwa atas tuduhan membunuh berhubung serangan pengganas yang dilancarkan ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand. (Gambar: Mark Mitchell/New Zealand Herald/Reuters)

Diterbitkan : 15 Aug 2019 12:21PM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 12:23PM

CHRISTCHURCH: Para peguam lelaki dituduh melakukan serangan ke atas dua masjid di New Zealand yang meragut nyawa 51 orang pada Mac lalu meminta agar perbicaraannya dipindahkan dari bandar Christchurch, tempat serangan itu berlaku, kata seorang hakim pada Khamis (15 Ogos).

Satu perbicaraan mengenai permintaan memindahkan perbicaraannya ke Auckland, bandar terbesar New Zealand akan diadakan pada 31 Okt dan pihak pembela, warga Australia Brenton Tarrant, akan ditahan sehingga tarikh itu, menurut Hakim Mahkamah Tinggi Cameron Mander.

Peguam bela tidak memberi jawapan segera ketika diminta menjelaskan mengapa mereka meminta untuk menukar tempat perbicaraan.

Seorang lelaki bertindak bersendirian, menyerang para jemaah yang sedang menunaikan solat Jumaat di Christchurch dengan menggunakan senjata separa automatik pada 15 Mac, membunuh seramai 51 orang. Penyerang itu juga menyiarkan serangan itu secara langsung di Facebook.

Tarrant, 29 tahun, mengaku tidak bersalah ke atas kesemua 92 dakwaan yang dikenakan terhadapnya.

Tarrant tidak tampil menerusi pautan video seperti dilakukannya ketika perbicaraan mahkamah sebelum ini. Menurut Encik Mander, Tarrant dikecualikan daripada muncul kerana perbicaraan itu lebih tertumpu kepada pertikaian undang-undang.

Suspek yang merupakan pelampau haluan kanan kulit putih itu ditahan dalam penjara dengan kawalan keselamatan tahap tinggi di Auckland, kira-kira 90 minit tempoh penerbangan dari Christchurch.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan