Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ditangkap dek stokin busuk

Polis India menangkap seorang lelaki disebabkan stokin busuknya yang membuat keadaan dalam bas yang dinaiki menjadi huru-hara kerana para penumpang lain berang disebabkan bau itu, menurut seorang pegawai semalam (2 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditangkap dek stokin busuk

Gambar fail jalan raya di India.

Diterbitkan : 03 Dec 2017 11:48AM Dikemas Kini : 03 Dec 2017 11:52AM

NEW DELHI: Polis India menangkap seorang lelaki disebabkan stokin busuknya yang membuat keadaan dalam bas yang dinaiki menjadi huru-hara kerana para penumpang lain berang disebabkan bau itu, menurut seorang pegawai semalam (2 Dis).

Lelaki itu menanggalkan kasut dan stokin lalu menggantungnya di dalam bas yang sedang dalam perjalanan ke New Delhi dari wilayah Himachal Pradesh di Himalaya, menurut polis.

Para penumpang lain membantah tindakannya dan menyuruh lelaki itu menyimpan ataupun membuang sahaja stokin busuknya itu.

Namun, lelaki berkenaan enggan berbuat demikian sekaligus menyebabkan sebuah pertengkaran yang memaksa pemandu bas berhenti di sebuah stesen polis di daerah Una di Himachal Pradesh.

Ketua polis Una, Sanjeev Gandhi memberitahu AFP bahawa bas itu terpaksa berhenti beberapa kali disebabkan keadaan huru-hara itu sebelum ia tiba di stesen polis tersebut.

“Dia ditangkap atas tuduhan menganggu ketenteraman awam dan kemudiannya dilepaskan dengan ikat jamin,” kata Encik Gandhi.

Beliau berkata bahawa tertuduh mengancam para penumpang yang lain dan membuat kacau di balai polis.

Lelaki tersebut turut memfailkan aduan terhadap penumpang yang lain dan kakitangan bas kerana gangguan yang berkali-kali dan berkeras bahawa stokinnya tidak busuk, kata pegawai itu.

Dia meninggalkan kawasan tersebut dengan menaiki sebuah bas lain keesokan hari, menurut polis.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan