Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ditahan setelah pukul isteri guna seterika

Polis menahan seorang tukang besi kerana memukul kepala isterinya menggunakan seterika selepas wanita itu lambat membancuh minuman dalam kejadian di Taman Kerapu, pada Isnin (2 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditahan setelah pukul isteri guna seterika
Diterbitkan : 02 Jan 2019 10:54PM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 10:58PM

BUTTERWORTH: Polis menahan seorang tukang besi kerana memukul kepala isterinya menggunakan seterika selepas wanita itu lambat membancuh minuman dalam kejadian di Taman Kerapu, pada Isnin (2 Jan).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira jam 3.00 petang itu, mangsa berusia 26 tahun dan merupakan suri rumah, membuat laporan polis setelah mendakwa suaminya berumur 43 tahun memukulnya dengan menggunakan seterika di rumah mereka.

"Lelaki itu bertindak sedemikian selepas berang terhadap isterinya yang sibuk membuat kerja rumah hingga lambat membancuh minuman untuknya. Disebabkan menunggu terlalu lama, dia tiba-tiba mengambil seterika baju dan terus memukul isterinya hingga menyebabkan kecederaan di kepala.

"Menyusuli kejadian itu, wanita berkenaan membuat laporan polis dan memaklumkan insiden tersebut bukan kali pertama malah mereka berdua sering bergaduh akibat masalah tekanan hidup,” katanya hari ini (2 Jan).

Beliau berkata menyusuli laporan polis oleh mangsa, polis berjaya menahan lelaki itu jam 8.40 malam semalam (1 Jan) dan merampas seterika yang digunakan suspek untuk memukul isterinya.

ACP Noorzainy berkata siasatan mendapati lelaki itu mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah serta ujian air kencingnya juga positif dadah.

Katanya wanita itu yang luka di bahagian kepala menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Seberang Jaya.

"Pasangan itu sudah berkahwin lima tahun lepas dan mereka mempunyai dua orang anak, polis masih menjalankan siasatan sama ada kanak-kanak terbabit pernah dipukul oleh bapa mereka," katanya.

Beliau berkata lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Kanun Keseksaan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan