Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki ditahan miliki 23 ekor tenggiling

Jabatan Hidupan Liar Sabah menahan seorang lelaki kerana memiliki 23 ekor tenggiling yang dipercayai diseludup dari Lawas, Sarawak dan dibawa ke Keningau untuk dijual.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki ditahan miliki 23 ekor tenggiling

Dua tahun kemudian, berat Sandshrew kini 6.4 kilogram. (Gambar: Wildlife Reserves Singapore)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 01:04PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 04:56PM

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah menahan seorang lelaki kerana memiliki 23 ekor tenggiling yang dipercayai diseludup dari Lawas, Sarawak dan dibawa ke Keningau untuk dijual.

Hasil maklumat awam, pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah mengadakan satu operasi kira-kira jam 11.50 pagi semalam (15 Feb), dan menahan sebuah kereta dipandu lelaki berusia 40 tahun yang berasal dari Lawas, Sarawak.

“Enam anggota unit penguatkuasaan dari jabatan itu dengan bantuan dua Warden Hidupan Liar sudah menahan dan memeriksa kereta Proton Waja yang dipandu lelaki itu di jalan Kemabong - Tenom,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Hasil pemeriksaan, pihaknya menemui tenggiling tersebut yang diletakkan di dalam karung nilon biru dan hitam di bonet belakang kereta, dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut.

Tenggiling Sunda, merupakan spesis yang dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Mereka yang didapati bersalah memiliki apa-apa spesies atau produk yang disenaraikan di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 tanpa kebenaran yang sah, daripada pihak berkuasa boleh di jatuhi hukuman penjara, selama tidak kurang daripada setahun dan tidak melebihi 5 tahun, dan denda tidak kurang daripada RM50,000 (S$17,000) tetapi tidak melebihi RM250,000, (S$83,000) atau kedua-duanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan