Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki disyaki alami masalah mental bakar kereta ketika dalam perjalanan

Seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan mental bertindak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama pemandu ketika dalam perjalanan pulang ke Indonesia berhampiran Jambatan Nyelong 2, pada Khamis (20 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki disyaki alami masalah mental bakar kereta ketika dalam perjalanan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 21 Feb 2020 10:42AM Dikemas Kini : 21 Feb 2020 10:49AM

SARIKEI: Seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan mental bertindak membakar kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama pemandu ketika dalam perjalanan pulang ke Indonesia berhampiran Jambatan Nyelong 2, pada Khamis (20 Feb).

Bagaimanapun, suspek dan pemandu warga Indonesia, dari Sambas, Kalimantan Barat, berjaya keluar menyelamatkan diri daripada kenderaan berkenaan dalam kejadian sekitar jam 9.00 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Supt Awang Arfian Awang Bujang, berkata sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, penumpang (suspek) itu tiba-tiba menyalakan api menggunakan mancis dan seterusnya mengakibatkan berlaku kebakaran dalam kenderaan.

“Hasil siasatan mendapati pemandu dalam perjalanan menghantar suspek balik berjumpa keluarga di Indonesia. Lelaki itu akan diserahkan kepada keluarganya sebaik sahaja mereka tiba di balai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin, berkata, sebaik sahaja menerima panggilan berkenaan kejadian itu, satu pasukan dengan kekuatan 10 anggota dan sebuah jentera telah digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, api sedang marak membakar bahagian dalam kenderaan MPV Toyota Kijang dengan nombor pendaftaran Indonesia itu.

“Usaha memadam kenderaan berjaya dilakukan dalam tempoh 25 minit dan kenderaan itu musnah sepenuhnya,” kataya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan