Images
  • penyu
    Gambar hiasan penyu. (Gambar: Facebook/Tan Chuan-Jin)

Lelaki dirempuh kenderaan ketika cuba selamatkan penyu

DENIZLI (TURKI): Seorang lelaki kehilangan nyawanya di barat daya Turki pada Khamis (16 Ogos) ketika cuba menyelamatkan seekor penyu yang terkandas di sebuah lebuh raya, lapor agensi berita Anadolu. 

Turgay Nacak dilaporkan ternampak seekor penyu di tengah-tengah lebuh raya Civril-Denizli ketika memandu ke arah wilayah Denizli. 

Beliau kemudian keluar dari kereta dan ingin menyelamatkan haiwan itu namun, belum sempat berbuat demikian, dilanggar oleh sebuah kenderaan yang melewati kawasan tersebut. 

Nacak meninggal dunia di tempat kejadian, menurut pasukan perubatan yang bergegas ke sana.

Pemandu kereta yang melanggar mangsa turut cedera dalam insiden itu dan beliau dibawa ke hospital untuk rawatan. 

- BERNAMA/FZ/fz

Top