Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki dipenjara 2 tahun masukkan kucing dalam mesin pengering pakaian

Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun kerana menyebabkan kematian seekor kucing dengan memasukkan haiwan tersebut ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi layan diri di Batu Caves.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jan 2019 08:53PM Dikemas Kini : 17 Jan 2019 09:56PM

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun kerana menyebabkan kematian seekor kucing dengan memasukkan haiwan tersebut ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi layan diri di Batu Caves.

Sebelum itu, pemandu teksi A. Mohanraj, 42 tahun, sudah menukar pengakuan kepada bersalah siang tadi (17 Jan).

Hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 14 September 2018.

Lelaki itu didakwa bersama-sama seorang lagi lelaki S.Satthiya, 27 tahun, yang kini bebas.

Mereka ditangkap selepas rakaman CCTV kedai dobi berkenaan menunjukkan dua lelaki itu, dengan salah seorangnya mencampakkan kucing itu ke dalam sebuah mesin pengering pakaian.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan