Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki dijel 80 tahun, dirotan 18 kali kerana rogol 2 budak kurang upaya

Seorang pekebun dijatuhi hukuman penjara 80 tahun dan disebat 18 kali atas kesalahan merogol dua kanak-kanak kurang upaya sejak Mei 2016.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dijel 80 tahun, dirotan 18 kali kerana rogol 2 budak kurang upaya

Motis Juwel (tengah) dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah merogol dua budak kurang upaya. (Gambar: RedParrot/ Facebook)

Diterbitkan : 24 Mar 2018 08:58AM Dikemas Kini : 24 Mar 2018 09:02AM

KUCHING: Seorang pekebun dijatuhi hukuman penjara 80 tahun dan disebat 18 kali atas kesalahan merogol dua kanak-kanak kurang upaya sejak Mei 2016.

Menurut laporan Astro Awani, tertuduh bernama Motis Juwel yang berusia 56 tahun, mengaku bersalah ke atas enam dakwaan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Motis didakwa merogol dua kanak-kanak kurang upaya berusia 14 tahun sebanyak enam kali di sebuah sekolah khas di Grogo, Bau sejak Mei 2016. Dia kali terakhir melakukan perbuatan terkutuk itu pada 7 Mac lalu di tempat yang sama, lapor Astro Awani.

Menurut Astro Awani lagi, dua daripada enam dakwaan terhadapnya memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan. Bagi setiap pertuduhan lain pula, Motis dijatuhi hukuman penjara 15 tahun.

Hakim Dayang Ellyn Narissan Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu di Mahkamah Sesyen Kuching semalam (23 Nov).  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan