Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki didakwa pukul isteri guna ekor ikan pari

Ruslan Ahmad, 32 tahun, berasal dari Muadzam Shah membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki didakwa pukul isteri guna ekor ikan pari

Gambar fail.

Diterbitkan : 15 Feb 2018 07:04PM Dikemas Kini : 15 Feb 2018 07:05PM

KUANTAN: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, Malaysia hari ini (15 Feb), atas dakwaan memukul dan mencederakan isterinya dengan menggunakan ekor ikan pari di Taman Dato Rashid pada Selasa (13 Feb).

Ruslan Ahmad, 32 tahun, berasal dari Muadzam Shah membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, Ruslan didapati dengan sengaja memukul isterinya, Norhayati Abdullah, 31 tahun, dengan menggunakan ekor ikan pari sehingga mengalami kecederaan di bahagian perut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 9.00 malam di rumahnya di Taman Dato Rashid, pada 13 Februari.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hayati Abdullah mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan kes itu berat dan menetapkan 15 Mac depan bagi sebutan semula kes.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan