Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki diberkas setelah muazin ditikam dalam masjid London

Seorang muazin berusia 70-an tahun ditikam di sebuah masjid di London pada Khamis (20 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki diberkas setelah muazin ditikam dalam masjid London

(Gambar: Isabel Infantes/AFP)

Diterbitkan : 21 Feb 2020 09:18AM Dikemas Kini : 21 Feb 2020 09:26AM

LONDON: Seorang muazin berusia 70-an tahun ditikam di sebuah masjid di London pada Khamis (20 Feb). Penyerangnya telah diberkas kerana disyaki melakukan percubaan membunuh, menurut para pegawai masjid dan polis.

Dalam satu kenyataan, Masjid Pusat London menyatakan penyerang itu ditahan oleh para jemaah di masjid sehingga polis tiba dan menangkapnya.

Muazin masjid itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang mengancam nyawa tetetapi cedera parah dan dirawat di hospital.

Menurut Polis Metropolitan London, para penyiasat tidak percaya insiden itu ada kaitan dengan pengganasan.

Pihak polis menambah bahawa suspek ialah seorang lelaki berusia 29 tahun, yang dipercayai melakukan solat di masjid itu.

Gambar-gambar yang dimuat naik di Twitter menunjukkan para pegawai polis menahan seorang lelaki di dewan solat masjid tersebut, berdekatan Regents Park, dan membawanya pergi.

Seorang saksi berkata sekitar 100 jemaah berada di dewan solat masjid pada masa itu dan kira-kira 20 orang bertindak untuk menangkap penyerang berkenaan.

"Saya terdengar jeritan," menurut seorang saksi, yang enggan memberikan nama penuhnya, "dan kemudian kami melihat darah."

Beliau juga berkata mangsa ditikam di bahagian atas bahunya oleh seorang lelaki yang menghadiri masjid itu sejak kira-kira enam bulan sebelum kejadian itu berlaku.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Boris Johnson berkata beliau amat berdukacita atas kejadian yang tidak seharusnya berlaku, terutamanya di sebuah rumah ibadah.

Encik Johnson mengucapkan takziah kepada para mangsa dan pihak-pihak yang terjejas. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan