Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki di China dirawat di hospital selama 23 hari setelah kucing terjatuh atas kepalanya

Seorang warga China, Gao Fenghua mengalami detik mengerikan apabila dia pengsan setelah seekor kucing jatuh di atas kepalanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki di China dirawat di hospital selama 23 hari setelah kucing terjatuh atas kepalanya

(Gambar: Media sosial menerusi Malay Mail)

Diterbitkan : 18 Aug 2020 01:39PM Dikemas Kini : 18 Aug 2020 01:44PM

HARBIN: Seorang warga China, Gao Fenghua mengalami detik mengerikan apabila dia pengsan setelah seekor kucing jatuh di atas kepalanya.

Kejadian yang berlaku di bandar Harbin, wilayah Heilongjiang, timur laut China itu dimuat naik di YouTube oleh seorang pengguna media sosial, bernama Sorphea Peow.

Dalam satu video pengawasan, lelaki warga tua itu yang sedang berjalan dan ditemani anjingnya, serta merta rebah setelah seekor kucing terjatuh di atas kepalanya.

Anjing milik lelaki itu kemudian mendekati pemiliknya dan berjalan ke arah kucing tersebut apabila ia ternampak kucing itu bersembunyi di laluan pintu berdekatan.

Menurut Daily Star, kucing itu milik jiran lelaki tersebut, yang dikenali sebagai Yu, dan telah terjatuh dari balkoni rumahnya.

Encik Gao dimasukkan ke hospital selama 23 hari kerana kecederaan yang dialaminya dan sudah dibenarkan pulang dari hospital baru-baru ini tetapi beliau perlu menjalani rawatan fisioterapi.

Beliau juga perlu terus memakai pendakap leher.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan