Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki dakwa dirinya 'Sultan M'sia' dibebaskan dengan jaminan polis

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai 'Sultan Malaysia' atau ‘tuan punya’ kerajaan Malaysia dibebaskan dengan jaminan polis setelah direman bermula 13 Januari lalu bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan memperdaya dan tujuan menipu.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki dakwa dirinya 'Sultan M'sia' dibebaskan dengan jaminan polis

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 20 Jan 2019 06:56PM Dikemas Kini : 20 Jan 2019 06:58PM

MELAKA: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai 'Sultan Malaysia' atau ‘tuan punya’ kerajaan Malaysia dibebaskan dengan jaminan polis setelah direman bermula 13 Januari lalu bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan memperdaya dan tujuan menipu.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Arshad Abu, berkata individu yang berusia 47 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan bersama seorang penjamin yang merupakan bapa mertua suspek.

“Suspek dilepaskan hari ini (20 Jan) memandangkan bahawa kertas siasatan masih belum lengkap dan tempoh reman tamat hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata kes tersebut akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapat arahan lanjut.

Lelaki itu sebelum ini mengadakan sidang media di Sungai Rambai pada 13 Januari lalu dan mendakwa bahawa beliau adalah ‘tuan punya’ (pemilik) Kerajaan Malaysia dan layak untuk menuntut jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan.

Polis sudah merakam perbualan 20 individu bagi membantu siasatan terhadap suspek yang mempunyai empat rekod lampau di bawah kesalahan kes penipuan, curi dalam bangunan dan gagal memberi keterangan di Perak sebelum ini.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan