Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki cedera ditikam semasa keluar beli makanan

Seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian perutnya akibat ditikam dengan sebilah pisau dalam kejadian samun di Lorong Angsana, Taman Bagan Serai bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alang Iskandar, di Perak pada Selasa malam (4 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki cedera ditikam semasa keluar beli makanan

Gambar fail. (Gambar: Scott Olson/AFP)

Diterbitkan : 05 Dec 2018 02:11PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 02:12PM

BAGAN SERAI: Seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian perutnya akibat ditikam dengan sebilah pisau dalam kejadian samun di Lorong Angsana, Taman Bagan Serai bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alang Iskandar, di Perak pada Selasa malam (4 Dis).

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob, berkata dalam kejadian pada pukul 11.20 malam itu, mangsa berusia 22 tahun sedang mengayuh basikal untuk membeli makanan.

Encik Omar Bakhtiar berkata semasa dalam perjalanan, mangsa dihampiri oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, yang mengacukan pisau dan meminta mangsa supaya menyerahkan telefon bimbitnya.

“Mangsa enggan menyerahkan telefon lalu berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam di bahagian perut dengan pisau oleh pembonceng motosikal berkenaan.

“Suspek merampas telefon mangsa jenis Asus sebelum kedua-duanya yang memakai topi keledar dan penutup gelap melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini (5 Dis).

Encik Omar Bakhtiar berkata mangsa yang terbaring dan cedera dibawa ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut oleh orang awam.

Katanya, polis sedang mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri ke arah Kuala Kurau.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan