Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki bunuh diri selepas serang pasangan suami isteri

Seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui mati, dipercayai membunuh diri selepas menyerang pasangan suami isteri di rumah mereka di Taman Kiara Mas 2, Kluang hari ini (17 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki bunuh diri selepas serang pasangan suami isteri

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Jan 2019 09:59PM Dikemas Kini : 17 Jan 2019 10:00PM

KLUANG: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditemui mati, dipercayai membunuh diri selepas menyerang pasangan suami isteri di rumah mereka di Taman Kiara Mas 2, Kluang hari ini (17 Jan).

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohd Abduh Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita berusia 41 tahun pada pukul 10.30 pagi tadi (17 Jan), yang melaporkan bahawa beliau dan suaminya, 47 tahun, dicederakan oleh seorang lelaki.

Encik Mohd Abduh berkata pasangan berkenaan mengenali lelaki yang bekerja di sebuah institusi kewangan di daerah itu, dan menganggap lelaki tersebut sebagai adik angkat mereka.

“Lelaki berkenaan dikatakan sering ke kediaman mereka (pasangan suami isteri) untuk merawat wanita berkenaan, yang dikatakan mengalami penyakit misteri.

“Namun pada pagi tadi (17 Jan), setelah ketiga-tiga mereka masuk ke dalam sebuah bilik di rumah itu, dengan tiba-tiba sahaja lelaki berkenaan seperti dirasuk dan mencederakan suami mangsa dengan menggunakan sebilah parang,” katanya menerusi satu kenyataan.

Encik Mohd Abduh berkata wanita itu yang cuba meleraikan pergelutan tersebut turut dicederakan.

Beliau berkata sebaik pegawai dan anggota polis tiba di rumah itu, lelaki berkenaan masih berada di dalam bilik dan walaupun dipanggil, mereka tidak mendengar sebarang tindak balas.

Menurut Encik Mohd Abduh, selepas pintu bilik dipecahkan polis, lelaki terbabit ditemui terlentang dan didapati sudah meninggal dunia. Pemeriksaan lanjut polis mempercayai lelaki itu membunuh dirinya berdasarkan tikaman di bahagian perut dan dada.

“Polis menemui sebilah keris panjang di belakang badan lelaki itu dan bedah siasat akan dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematiannya.

Polis melakukan semakan rekod lampau terhadap lelaki terbabit, wanita itu dan suaminya yang merupakan pesara tentera, namun mendapati ketiga-tiganya tiada rekod jenayah,” katanya.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan