Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki Britain antivaksin dijel 3 bulan; bubuh gam pada pintu pusat vaksinasi

Seorang lelaki berusia 53 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 12 minggu kerana membubuh gam pada mangga pintu sebuah pusat vaksinasi COVID-19 di Lowestoft Road di Gorleston, England.

Anggaran Waktu Membaca:

LONDON: Seorang lelaki berusia 53 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 12 minggu kerana membubuh gam pada mangga pintu sebuah pusat vaksinasi COVID-19 di Lowestoft Road di Gorleston, England.

Menurut BBC, Hayden Brown melakukan kesalahan itu pada 26 November untuk menghalang seramai 504 individu daripada mendapatkan dos vaksin.

Kesemua janji temu vaksinasi terpaksa dibatalkan kerana premis itu tidak boleh dibuka.

Brown mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Norwich kerana menyebabkan kerosakan dan melakukan gangguan awam dengan menghalang 504 individu mudah terjejas daripada mendapatkan vaksin COVID-19.

Tertuduh juga mengaku memiliki ganja yang ditemui di kediamannya selepas dia diberkas.

Dia ditahan pada Selasa (30 Nov) setelah dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup yang dipasang menyusuli dua insiden yang berlaku sebelum ini pada November.

Menurut Superintenden Nathan Clark, gangguan itu menyulitkan ramai orang, khususnya golongan warga emas dan mereka yang memutuskan untuk mendapatkan vaksin.

"Sebahagian besar daripada 504 individu yang terjejas itu adalah warga emas.

"Gangguan itu akan menyebabkan mereka yang memilih untuk mendapatkan vaksin berasa gelisah kerana mereka tidak dapat berbuat demikian."

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan