Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki bersenjata serang pesta bola; 9 ditembak

Polis di bandar Fresno, California, Amerika Syarikat (AS), sedang menyiasat insiden tembakan beramai-ramai dalam satu pesta perlawanan bola sepak pada Ahad (17 Nov) di mana sekurang-kurangnya sembilan orang ditembak, mengorbankan beberapa jiwa.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki bersenjata serang pesta bola; 9 ditembak

(Gambar hiasan: Mat Hayward/AFP)

Diterbitkan : 18 Nov 2019 03:04PM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 03:05PM

LOS ANGELES: Polis di bandar Fresno, California, Amerika Syarikat (AS), sedang menyiasat insiden tembakan beramai-ramai dalam satu pesta perlawanan bola sepak pada Ahad (17 Nov) di mana sekurang-kurangnya sembilan orang ditembak, mengorbankan beberapa jiwa dan menyebabkan sebilangan yang lain dalam keadaan tenat. Demikian menurut seorang jurucakap.

Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan sejurus selepas memasuki laman belakang sebuah rumah di selatan Fresno di mana anggota keluarga dan rakan berkumpul untuk menyaksikan perlawanan bola sepak selepas jam 6.00 petang, menurut polis. Jiran tetangga di kawasan tersebut kemudian membuat panggilan kecemasan 911.

Suspek melarikan diri dari tempat kejadian dan polis kini melakukan pencarian di sekitar kejiranan untuk mendapatkan saksi dan rakaman kamera keselamatan di tempat kejadian.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah mangsa yang maut di sidang media lewat semalam namun mengesahkan beberapa kematian, dalam kalangan sembilan mangsa itu, yang dilaporkan ditembak di bandar sejauh 322 kilometer dari utara Los Angeles.

Mangsa lain di pesta itu mungkin memandu ke hospital untuk mendapatkan rawatan, menurut polis sambil menambah bahawa sesetengah mangsa dibawa ke pusat perubatan masyarakat berhampiran setelah mengalami kecederaan disebabkan terkena tembakan.

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan