Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki bersenjata curi emas, logam bernilai AS$40 juta dari lapangan terbang Brazil

Sekumpulan lelaki bersenjata merompak emas dan logam berharga lain bernilai AS$40 juta (S$55 juta) pada Khamis (25 Jul) dari terminal kargo Sao Paolo, iaitu lapangan terbang paling sibuk Amerika Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki bersenjata curi emas, logam bernilai AS$40 juta dari lapangan terbang Brazil

Gambar hiasan. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 26 Jul 2019 09:04AM Dikemas Kini : 26 Jul 2019 09:09AM

SAO PAULO: Sekumpulan lelaki bersenjata merompak emas dan logam berharga lain bernilai AS$40 juta (S$55 juta) pada Khamis (25 Jul) dari terminal kargo Sao Paolo, iaitu lapangan terbang paling sibuk Amerika Selatan. Malah menurut polis, dua orang juga dijadikan tebusan.

Beberapa suspek tiba di lapangan terbang Guarulhos dalam trak pikap berwarna hitam.

Berdasarkan rakaman cctv yang dilihat oleh Reuters, suspek-suspek itu memakai seragam yang menyerupai polis Brazil. Empat lelaki meninggalkan kenderaan itu dengan muka mereka ditutup, dan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka mempunyai senjata. Mereka menghampiri para pekerja di lapangan terbang, yang kemudian terus mengisi pikap itu dengan kargo.

Menurut laporan polis, pencuri tersebut melarikan diri dengan sekitar 750 kilogram emas dan logam berharga lain, bersama-sama dua pekerja lapangan terbang yang dijadikan tebusan. Mereka dilaporkan masih lolos.

Seorang jurucakap lapangan terbang itu berkata tiada orang yang cedera dalam serangan itu, tetapi tidak mengulas mengenai keadaan individu yang dijadikan tebusan. 

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan