Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki bergelar 'Datuk' dan CEO dibebaskan daripada ditahan reman berhubung salah guna kuasa

Bekas pengerusi sebuah agensi kerajaan bergelar 'Datuk' dan ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta, yang direman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta (S$33 juta), dibebaskan hari ini (12 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki bergelar 'Datuk' dan CEO dibebaskan daripada ditahan reman berhubung salah guna kuasa

(Gambar: Polis Diraja Malaysia/Facebook)

Diterbitkan : 12 Jan 2019 02:43PM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 02:45PM

PUTRAJAYA: Bekas pengerusi sebuah agensi kerajaan bergelar 'Datuk' dan ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta, yang direman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta (S$33 juta), dibebaskan hari ini (12 Jan).

Majistret Atikah Abu Hassan membenarkan lelaki berusia 64 tahun bersama wanita berumur 32 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM50,000 (S$17,000) dan seorang penjamin, setiap seorang.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pada jam 9.00 pagi dengan tangan bergari.

Sebelum ini, kedua-kedua individu tersebut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat hari bermula Rabu (9 Jan).

Kedua-dua mereka ditahan SPRM masing-masing pada kira-kira 5.50 petang dan 5.20 pada Selasa lalu, selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Menurut jurucakap SPRM, bekas pengerusi agensi kerajaan tersebut disyaki menggunakan jawatan dan kedudukannya, dalam mencadangkan sebuah syarikat secara lantikan terus dalam satu projek kempen pengiklanan digital yang berjumlah lebih RM99 juta (S$33 juta) menggunakan peruntukan agensi kerajaan tersebut.

Siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan