Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki bakar ibu mertua sebelum rentung

Seorang lelaki yang rentung akibat kebakaran yang berlaku di rumahnya semalam (23 Nov) dipercayai bertindak menyimbah petrol dan membakar ibu mertuanya sebelum kediamannya di Taman Cegar di Simpang Ampat musnah dalam kebakaran tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki bakar ibu mertua sebelum rentung

Kebakaran berlaku di Taman Cegar di Simpang Ampat, Perlis. (Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang/Facebook)

Diterbitkan : 24 Nov 2018 11:33AM Dikemas Kini : 24 Nov 2018 11:40AM

NIPONG TEBAL: Seorang lelaki yang rentung akibat kebakaran yang berlaku di rumahnya semalam (23 Nov) dipercayai bertindak menyimbah petrol dan membakar ibu mertuanya sebelum kediamannya di Taman Cegar di Simpang Ampat musnah dalam kebakaran tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Shafee Abdul Samad, berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan, polis mendapati lelaki berusia 52 tahun itu bertindak sedemikian ketika dalam keadaan marah dan mabuk pada pukul 6.19 petang semalam (23 Nov).

"Lelaki itu yang berada di tingkat atas rumah turun ke bawah dan marah serta memaki hamun isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama anak perempuan dan ibu mertua suspek.

"Suspek telah keluar dari rumah dan pergi ke bahagian hadapan rumah serta mengambil satu botol yang mengandungi petrol sebelum masuk semula ke dalam kediamannya serta terus pergi ke arah ibu mertuanya dan menyimpah petrol ke badan wanita itu," katanya hari ini (24 Nov).

Encik Shafee berkata petrol itu turut terkena baju, tangan dan kaki isterinya manakala lelaki berkenaan bertindak mengambil pemetik api dan menyalakan sekeping kertas sebelum menghalakan ke arah ibu mertuanya.

Encik Shafee berkata api itu menyambar ibu mertuanya, Aganasi Mary, 69 tahun, dan menyebabkan isteri suspek menjerit serta terus bertindak membawa wanita berkenaan ke dalam tandas bagi memadamkan api di badan mangsa.

Menurut beliau, isteri lelaki itu terdengar bunyi letupan di bahagian ruang tamu dan terlihat asap penuh di dalam rumah mereka sebelum dia bertindak membawa ibu dan anak perempuannya keluar menggunakan pintu dapur.

"Ibu mertua suspek yang melecur 90 peratus telah dipindahkan dari Hospital Seberang Jaya ke Hospital Pulau Pinang kerana dalam keadaan kritikal," katanya.

Encik Shafee berkata mayat lelaki itu ditemui oleh pihak bomba dalam keadaan rentung dan terbaring di tingkat atas dan dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk dibedah siasat. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan