Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki AS cari suaka di Ecuador, cuba peras ugut Facebook

Seorang penduduk New York yang cuba menipu pengasas syarikat media sosial Facebook, Mark Zuckerberg, mencari suaka di Ecuador selepas diberkas pada 2018 setelah melarikan diri dari Amerika Syarikat sejak lebih tiga tahun lalu untuk mengelakkan perbicaraan mahkamah.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki AS cari suaka di Ecuador, cuba peras ugut Facebook

Paul Ceglia seperti dalam gambar yang dikeluarkan oleh Marshal Amerika Syarikat. (Gambar: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat/Reuters)

Diterbitkan : 12 Apr 2019 01:30PM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 01:34PM

QUITO: Seorang penduduk New York yang cuba menipu pengasas syarikat media sosial Facebook, Mark Zuckerberg, mencari suaka di Ecuador selepas diberkas pada 2018 setelah melarikan diri dari Amerika Syarikat sejak lebih tiga tahun lalu untuk mengelakkan perbicaraan mahkamah.

Pada November lalu, sebuah mahkamah di Ecuador meluluskan permohonan ekstradisi untuk menghantar pulang Paul Ceglia, seorang jurujual pelet kayu, yang berdepan dengan tuduhan memalsukan dokumen dan memindahkan wang haram yang ada kaitan dengan dakwaan-dakwaan memalsukan dokumen untuk memeras ugut Facebook dan Zuckerberg.

Ceglia melahirkan "hasrat untuk mendapatkan perlindungan suaka daripada Ecuador, dan terdapat juga permohanan rasmi yang dibuat kepada Ecuador," kata peguam Ceglia, Roberto Calderson, menerusi perbualan telefon.

Ceglia yakin dia dalam keadaan bahaya jika dia pulang ke Amerika Syarikat, menurut peguamnya.

Kementerian Luar Ecuador bagaimanapun tidak memberikan respons apabila diminta mengulas lanjut mengenai komen tersebut.

Pada 2010, Ceglia memfailkan saman terhadap Zuckerberg dengan mengatakan dia menandatangi kontrak pada 2003 ketika menuntut di Universiti Harvard, yang akan memberikannya separuh laman rangkaian sosial yang kini dikenali sebagai Facebook.

Pada Khamis (11 Apr), Ecuador menamatkan suaka politik pengasas WikiLeaks, Julian Assange, di keduataan negara itu di London, sekaligus menyebabkannya diberkas. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan