Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki 65 tahun cabul, rogol anak angkat selama 2 tahun

Seorang lelaki 65 tahun ditahan polis pada Khamis (24 Mei) kerana disyaki merogol seorang gadis yang dikatakan adalah anak angkatnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 65 tahun cabul, rogol anak angkat selama 2 tahun

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 24 May 2019 11:05AM Dikemas Kini : 24 May 2019 11:08AM

KUCHING: Seorang lelaki 65 tahun ditahan polis pada Khamis (24 Mei) kerana disyaki merogol seorang gadis yang dikatakan adalah anak angkatnya.

Menurut Astro Awani, remaja 17 tahun itu dicabul bapa angkatnya pada awal pagi Jumaat lalu apabila ibunya menjemur kain di luar rumah. Mangsa kemudian dirogol ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah.

Lebih menyedihkan lagi, ia bukan kali pertama remaja itu menjadi mangsa nafsu lelaki tersebut.

Suspek sejak dua tahun lalu sudah berulang kali mencabul 'anak angkatnya'.

Lelaki itu turut menggertak akan menampar mangsa jika beliau memberitahu sesiapa tentang kesalahan itu.

Mangsa dikatakan pernah mengadu kepada ibu angkatnya, namun aduannya tidak diendahkan.

Astro Awani melaporkan, rahsia si bapa angkat terbongkar apabila pelajar itu menceritakan segalanya kepada gurunya Selasa lalu, apabila dipanggil kerana kerap kali ponteng sekolah.

Remaja itu memberitahu gurunya beliau keberatan ke sekolah kerana sering dicabul bapa angkatnya ketika pergi dan pulang dari sekolah.

Guru tersebut lalu membuat aduan polis pada Selasa, sebelum pihak polis memberkas suspek di rumahnya pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata pihak polis berjaya mendapatkan pengakuan suspek berhubung kesalahannya.

"Mangsa tinggal bertiga bersama-sama suspek dan isterinya, dan menjadi anak angkat pasangan berkenaan sejak bayi.

"Kerana mereka tidak mempunyai anak, ibu kandung mangsa iaitu kakak kepada ibu angkatnya telah menyerahkan anak itu untuk dipelihara mereka," katanya seperti dinukil Astro Awani.

Suspek direman enam hari bagi membantu siasatan.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan