Images
  • french police
    Polis Perancis. (Gambar fail: AFP)

Lelaki 28 tahun sengaja rempuh pelajar di Perancis, 3 cedera

TOULOUSE, Perancis: Seorang lelaki dengan sengaja merempuh sekumpulan pelajar dengan keretanya di luar sebuah sekolah berdekatan Toulouse di selatan Perancis semalam (10 Nov).

Tiga pelajar China mengalami kecederaan disebabkan rempuhan itu, menurut sumber polis.

Pemandu kenderaan berkenaan, seorang lelaki yang berusia 28 tahun dikenal pasti oleh polis sebagai individu yang pernah melakukan beberapa kesalahan kecil tetapi dia tidak disenaraikan sebagai pengganas, menurut sumber itu lagi. Dia diberkas di tempat kejadian.

Salah seorang pelajar yang terjejas adalah seorang gadis yang mengalami kecederaan kepala yang serius.

“Buat masa ini, ia tidak disiasat sebagai satu insiden pengganasan meskipun kemungkinan itu tidak boleh ditolak,” menurut seorang pendakwa dalam satu kenyataan.

Pemandu kereta berkenaan mengalami masalah psikologi dan dia menjalani rawatan di hospital sehingga bulan Disember 2016, kata pendakwa itu.

Lebih 240 orang maut di Perancis sejak awal 2015 menyusuli serangan-serangan yang didalangi kumpulan militan ataupun kumpulan-kumpulan yang ada kaitan dengan ISIS.

Isnin ini (13 Nov) menandakan tahun kedua sejak berlakunya serangan-serangan di Paris yang membunuh lebih 130 orang. 

- REUTERS/SM/sm

Top