Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lelaki 28 tahun ditangkap; tampar, belasah ibu kerana tidak dibelikan motosikal baru

Seorang lelaki tergamak menampar dan memukul ibunya hanya kerana permintaannya untuk dibelikan sebuah motosikal baru tidak dipenuhi.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 28 tahun ditangkap; tampar, belasah ibu kerana tidak dibelikan motosikal baru

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 02:45PM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 02:46PM

KANGAR: Seorang lelaki tergamak menampar dan memukul ibunya hanya kerana permintaannya untuk dibelikan sebuah motosikal baru tidak dipenuhi.

Dalam kejadian pada pukul 5:00 petang pada Sabtu lalu (4 Jul), suspek dipercayai berang selepas permintaannya untuk dibelikan motosikal gagal dipenuhi oleh ibunya yang berusia 56 tahun.

Akibat marah, suspek yang berusia 28 tahun menampar ibunya yang bekerja sebagai pereka dalaman berkali-kali serta mengugut, memukul dan mengheret mangsa di lantai, demikian dinukil Astro AWANI.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, mangsa kemudian membuat laporan sebelum suspek ditahan pada malam tadi (8 Jul).

Siasatan awal mendapati suspek yang menganggur datang berjumpa ibunya dan meminta sejumlah wang untuk membeli motosikal baru.

Mangsa bagaimanapun, memaklumkan tidak memiliki wang menyebabkan suspek menuduh mangsa berbohong dan bertindak menampar muka dan memukulnya di bahagian kepala, kaki dan tangan, menurut laporan Astro AWANI.

Suspek turut mengugut mangsa selepas memukulnya berulang kali.

Encik Wari berkata, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di hospital.

Mangsa tidak mengalami kecederaan serius, namun masih trauma dan ketakutan akibat kejadian dipukul suspek yang juga penagih dadah, demikian dinukil laporan Astro AWANI.

Suspek direman empat hari bermula hari ini (9 Jul) mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana memukul, menumbuk dan mengugut mangsa.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan