Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih separuh masjid di Arab Saudi tidak ada imam

Lebih separuh daripada masjid di Arab Saudi tidak mempunyai imam tetap untuk memimpin solat, menurut satu laporan yang dikeluarkan sebuah Kementerian Ehwal Islam kerajaan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih separuh masjid di Arab Saudi tidak ada imam

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 17 Sep 2018 07:25PM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 07:31PM

RIYADH: Lebih separuh daripada masjid di Arab Saudi tidak mempunyai imam tetap untuk memimpin solat, menurut satu laporan yang dikeluarkan sebuah Kementerian Ehwal Islam kerajaan tersebut.

Menurut laman Saudi Gazette, laporan bagi tahun 2017 itu mendedahkan bahawa 51.5 peratus masjid di Arab Saudi tidak mempunyai imam tetap yang terlantik secara rasmi, 63 peratus tidak mempunyai muazzin atau bilal, dan 90.5 peratus tidak mempunyai pekerja dan pembersih untuk menyenggara masjid.

Laporan itu turut menyatakan bahawa hanya Wilayah Sempadan Utara kerajaan itu yang mempunyai lebih ramai imam rasmi berbanding masjid. Kawasan tersebut mempunyai 806 imam bagi 642 masjid.

Tiada wilayah lain yang mempunyai bilangan imam melebihi jumlah masjid. Sebaliknya, terdapat ketandusan imam di beberapa wilayah, tegas laporan itu seperti ditukil Saudi Gazette.

Laporan yang dihasilkan oleh Penguasa Besar Perangkaan (GaStat) menyatakan jumlah keseluruhan masjid di kerajaan Arab Saudi pada 2017 adalah 98,800, manakala terdapat hanya 47,315 imam, 36,549 muazzin dan 9,371 tukang bersih.

Ini, menurut laporan itu lagi, bermakna bahawa 51.5 peratus masjid dalam Kerajaan itu tidak mempunyai imam yang dilantik secara rasmi.

Saudi Gazette menukil laporan itu yang mendedahkan beberapa lagi perangkaan berhubung isu itu:

  • Riyadh: 18,073 masjid, 13,330 imam, 10,354 muazzin dan 3,097 pekerja pembersihan
  • Makkah: 17,263 masjid dan 6,564 imam
  • Madinah: 6,681 masjid dan 2,758 imam
  • Qassim: 7,341 masjid dan 4,862 imam
Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan