Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih ramai pelajar Iran dapatkan pendidikan di Asia

Langkah Amerika untuk melaksanakan semula sekatan-sekatan ekonomi ke atas Iran dan menyekat penjualan minyak Tehran, sudah melumpuhkan ekonomi negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jul 2019 05:15PM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 11:09PM

TEHRAN, IRAN: Langkah Amerika untuk melaksanakan semula sekatan-sekatan ekonomi ke atas Iran dan menyekat penjualan minyak Tehran, sudah melumpuhkan ekonomi negara itu.

Di tengah-tengah keperitan kehidupan itu, semakin ramai golongan muda Iran mula menjauhi universiti-universiti barat, sebaliknya mengalihkan tumpuan ke Asia.

Impian Cik Nima Akhikan untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat atau Australia semakin tidak kesampaian.

Pengeluaran visa-visa pelajar oleh Jabatan Negara Amerika untuk warga Iran sudah berkurangan sejak ketegangan memuncak antara Washington dengan Tehran.

Ini meskipun golongan pelajar sepatutnya terkecuali daripada pengharaman perjalanan yang diperkenalkan oleh Presiden Donald Trump.

Keadaan dirumitkan lagi oleh nilai mata wang Iran yang lemah.

Ini bermakna kos yuran dan penginapan di negara-negara barat kini tidak mampu ditanggung ramai pelajar Iran.

Ini mendorong lebih ramai pelajar Iran beralih tumpuan ke negara-negara Asia.

Malaysia kini menjadi destinasi popular di kalangan para pelajar Iran kerana mutu pendidikannya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Malaysia juga menawarkan kunjungan tanpa visa bagi negara-negara yang majoriti penduduknya orang Islam.

Universiti-universiti di Singapura, India dan China juga semakin menarik kerana kos pengajiannya yang lebih berdaya saing, selain kursus-kursus dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan sains komputer.

Meskipun Iran sendiri mempunyai lebih 2,000 universiti dan institut pengajian tinggi, pendidikan di luar negara dilihat sebagai satu kelebihan dari segi peluang pekerjaan lebih cerah.

Sekitar 20 peratus pelajar Iran sudah mendapatkan pendidikan di Asia sejak 20 tahun lalu dan jumlah itu dijangka bertambah tahun demi tahun.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan