Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih banyak ujian besar-besaran di China berikutan 137 kes baru COVID-19 di Xinjiang

Para pegawai China berkejar masa pada Ahad (25 Okt) untuk mengekang penularan baru COVID-19 di kawasan barat laut negara itu setelah 137 jangkitan baru disahkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak ujian besar-besaran di China berikutan 137 kes baru COVID-19 di Xinjiang

Kashgar, di wilayah Xinjiang, China (Gambar: AFP/Greg Baker)

Diterbitkan : 26 Oct 2020 03:34PM Dikemas Kini : 26 Oct 2020 03:37PM

BEIJING: Para pegawai China berkejar masa pada Ahad (25 Okt) untuk mengekang penularan baru COVID-19 di kawasan barat laut negara itu setelah 137 jangkitan baru disahkan.

Ujian besar-besaran bermula pada Sabtu malam untuk 4.75 juta penduduk di Kashgar, wilayah Xinjiang dan kawasan sekitarnya selepas seorang pekerja kilang pakaian berusia 17 tahun diuji positif virus bagi tersebut.

China, tempat virus korona mula menular lewat tahun lalu - berjaya membendung sebahagian besar penularan dalam negeri di bawah langkah sekatan perjalanan dan pengujian, namun penularan baru di beberapa kawasan muncul sekali-sekala.

Kes-kes baru itu - kesemuanya tanpa gejala - dikaitkan dengan sebuah kilang di daerah Shufu tempat gadis itu dan ibu bapanya bekerja, kata suruhanjaya kesihatan Xinjiang di satu taklimat media pada Ahad.

Setakat Ahad petang lebih 2.8 juta sampel telah dikumpulkan di kawasan itu dan selebihnya akan selesai dalam masa dua hari, kata pemerintah bandar tersebut dalam satu kenyataan.

China pada Ahad melaporkan 20 kes baru COVID-19 dan 161 jangkitan tanpa gejala.

Kesemua kes baru yang disahkan adalah jangkitan import, menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional.

Daripada 161 jangkitan tanpa gejala baru itu, yang tidak dianggap China sebagai kes disahkan, 138 adalah jangkitan tempatan.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan