Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 90,000 masjid, surau akan dibuka semula di Saudi Ahad ini selepas selesai kerja basmi kuman

Arab Saudi sudah bersiap sedia untuk meneruskan proses penyenggaraan, pembersihan dan pembasmian kuman di lebih 90,000 masjid dan surau di merata negara itu yang dijangka akan dibuka semula pada waktu Subuh, Ahad ini (31 Mei) kecuali masjid-masjid di Makkah selepas lebih dua bulan ditutup.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 90,000 masjid, surau akan dibuka semula di Saudi Ahad ini selepas selesai kerja basmi kuman
Diterbitkan : 29 May 2020 09:11AM Dikemas Kini : 29 May 2020 09:16AM

RIYADH: Kementerian Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi dan para kakitangannya sudah bersiap sedia untuk meneruskan proses penyenggaraan, pembersihan dan pembasmian kuman di lebih 90,000 masjid dan surau di merata negara itu yang dijangka akan dibuka semula pada waktu Subuh, Ahad ini (31 Mei) kecuali masjid-masjid di Makkah selepas lebih dua bulan ditutup.

Pembukaan semula masjid-masjid di Saudi akan dilakukan mengikut arahan Menteri Ehwal Agama Dr. Abdullatif Al-Asheikh dan selaras dengan nasihat dan panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Kanan negara itu, lapor Saudi Gazette pada Khamis (28 Mei).

Kementerian tersebut juga akan melancarkan pelbagai kempen di wadah-wadah media, saluran televisyen, stesen radio, akhbar dan juga platform berita online selain lelaman web untuk menyebarkan garis panduan dan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh para jemaah demi kesihatan dan keselamatan mereka.

Antara arahan yang bakal dikeluarkan itu termasuk mengambil wuduk di rumah, mencuci tangan dengan betul menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas pulang ke rumah dari masjid. Warga emas dan mereka yang menghidap penyakit kronik juga dinasihatkan supaya bersolat di rumah saja.

Pihak berkuasa juga menasihatkan para jemaah supaya membaca kitab suci Quran di rumah atau secara online menggunakan telefon bimbit atau peranti bijak atau setidak-tidaknya menggunakan naskah Quran masing-masing.

Para jemaah sangat-sangat digalakkan supaya membawa sejadah masing-masing dan menjaga jarak dua meter antara satu sama lain semasa bersolat.

Kanak-kanak yang berusia bawah 15 tahun tidak dibenarkan dibawa ke masjid. Memakai pelitup dan mengelakkan bersalam-salaman juga digalakkan.

Dalam pada itu, Kementerian Ehwal Agama, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi sudah menjalankan kerja-kerja pembersihan secara besar-besaran di merata negara itu, melibatkan lebih 10 juta masjid, 43 juta naskah Quran pelbagai saiz dan lebih 600,000 almari untuk menampung Quran, selain membaiki dan menyenggarakan sekitar 176,000 tandas semasa masjid-masjid ditutup dua bulan yang lalu.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/AW/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan