Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 800 Santa Claus luncur ombak demi kumpul dana bantu pesakit barah

Hampir 840 orang yang berpakaian seperti Santa Claus meluncur ombak di pantai Cocoa di Amerika Syarikat untuk amal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Dec 2017 10:27PM Dikemas Kini : 25 Dec 2017 10:45PM

FLORIDA: Hampir 840 orang yang berpakaian seperti Santa Claus meluncur ombak di pantai Cocoa di Amerika Syarikat untuk amal.

Acara tersebut diadakan untuk mengumpul dana bagi Muzium Luncur Ombak Florida dan Grind for Life iaitu sebuah pertubuhan yang membantu pesakit barah mendapatkan rawatan perubahan.

Antara usaha yang dijalankan adalah lebih 1,000 baju 'Surfing Santa' yang dijual oleh para sukarelawan semasa acara dijalankan.

Selain mengumpul derma bagi dua pertubuhan itu, acara tersebut juga dianjurkan bagi memecahkan rekod dunia bilangan peluncur ombak paling ramai.

Jumlah yang dicatat tahun ini lebih banyak berbanding acara sama tahun lalu, yang dihadiri 772 peluncur air.

Secara keseluruhannya, dianggarkan lebih 10,000 orang hadir dan AS$35,000 (S$47,000) berjaya dikumpulkan.

Malangnya, ombaknya tidak sebesar yang diharapkan untuk menampung kesemua pesertanya.

Sumber : Agensi berita/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan