Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 80 individu ditahan sertai perarakan sempena Hari Buruh di Turki

Polis menahan lebih 80 orang penunjuk perasaan yang cuba berarak ke Dataran Taksim di Istanbul untuk meraikan Hari Buruh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 May 2018 05:33PM Dikemas Kini : 02 May 2018 09:57PM

ISTANBUL: Polis menahan lebih 80 orang penunjuk perasaan yang cuba berarak ke Dataran Taksim di Istanbul untuk meraikan Hari Buruh.

Pihak berkuasa Turki mengharamkan sebarang perhimpunan di Dataran Taksim sebagai langkah keselamatan.

Malah bukan sahaja dataran tersebut dihadang, daerah beli-belah utama bandar itu Istiklal Avenue yang pernah menyaksikan bantahan juga ditutup.

Polis hanya membenarkan kumpulan kecil pemimpin kesatuan sekerja memasuki kawasan itu untuk meletakkan karangan bunga
sebagai tanda penghormatan.

Dataran Taksim menjadi lambang gerakan buruh selepas 34 orang terbunuh di situ apabila tembakan dilepaskan ke arah orang ramai semasa sambutan Hari Buruh 1977.

Selain di Turki, perhimpunan Hari Buruh turut bertukar ganas di beberapa kota Eropah yang lain.

Sumber : AFP/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan