Lebih 70 juta akaun Twitter digantung dalam 2 bulan
Twitter gantung lebih sejuta akaun sehari bagi kekang maklumat salah
REUTERS: Twitter Inc menggantung lebih sejuta akaun setiap hari sejak beberapa bulan ini bertujuan mengurangkan penyaluran maklumat salah di wadah itu. Demikian menurut laporan akhbar Washington Post, berdasarkan data yang diperolehinya semalam (7 Jul).
Menurut laporan itu lagi, lebih 70 juta akaun digantung sepanjang dua bulan lalu dan ia akan diteruskan bulan ini.
Tindakan tegas tersebut bagaimanapun belum mempunyai "kesan besar" ke atas para pengguna aktif menurut Washington Post yang menukil naib presiden bagi kepercayaan dan keselamatan Twitter, Del Harvey.
Langkah agresif berkenaan mungkin mengakibatkan kemerosotan jumlah pengguna bulanan bagi suku kedua tahun ini yang berakhir minggu lalu, menurut Washington Post yang menukil seorang yang mengikuti perkembangan situasi itu.
Twitter tidak memberikan respons segera ketika diminta mengulas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.