Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 69,000 terjejas akibat hujan lebat, angin kencang di Sri Lanka

12 orang terkorban manakala lebih 69,000 lagi terjejas selepas angin kencang dan hujan lebat melanda Sri Lanka sejak hujung minggu lalu, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan Pusat Pengurusan Bencana negara itu (DMC) pada Khamis (11 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 69,000 terjejas akibat hujan lebat, angin kencang di Sri Lanka

Pokok tumbang di Colombo ekoran hujan lebat di Sri Lanka. (Gambar: Lakruwan Wanniarachchi/AFP)

Diterbitkan : 11 Oct 2018 05:44PM Dikemas Kini : 11 Oct 2018 05:49PM

COLOMBO: 12 orang terkorban manakala lebih 69,000 lagi terjejas selepas angin kencang dan hujan lebat melanda Sri Lanka sejak hujung minggu lalu, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan Pusat Pengurusan Bencana negara itu (DMC) pada Khamis (11 Okt).

Jurucakap DMC, Pradeep Kodippili, berkata meskipun hujan sudah reda, orang ramai yang sudah dipindahkan ke tempat perlindungan yang selamat digesa supaya tidak kembali ke rumah masing-masing susuli ancaman tanah runtuh.

Beliau berkata mereka yang tinggal di kawasan rendah turut dinasihati agar berhati-hati kerana paras air sungai yang tinggi dan boleh melimpah jika hujan masih berterusan.

Encik Kodippili berkata satu amaran peringkat merah bagi insiden tanah runtuh dikekalkan di Daerah Kalutara di bahagian selatan dan penduduk di kawasan berdepan risiko dipindahkan ke pusat perlindungan yang selamat.

Satu talian kecemasan diwujudkan oleh DMC untuk mereka yang memerlukan bantuan atau terkandas susuli bencana banjir.

Beratus-ratus pegawai angkatan bersenjata dan polis dikerahkan ke kawasan banjir dan meneruskan operasi menyelamat serta mengagihkan bantuan kecemasan kepada mereka yang terjejas.

Presiden Maithripala Sirisena mengarahkan bekalan makanan kering, air minuman dan kemudahan kesihatan ditawarkan secara berterusan kepada mereka yang berada di pusat perlindungan serta mangsa yang terjejas akibat banjir.

Jabatan Meteorologi dalam kemas kini cuaca terbarunya menyebut Ribut Siklon ‘TITLI’ yang membadai Teluk Bengal dan membawa hujan lebat, kini berada kira-kira 1,200 kilometer dari Trincomalee di bahagian timur, berpotensi ,menjadi bertambah kuat serta bergerak ke arah barat laut pada Khamis (11 Okt).

Bagaimanapun, ia memberi amaran bahawa hujan lebat berjumlah kira-kira 75 milimeter dijangka melanda beberapa daerah di Sri Lanka.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan