Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 55 tan dadah, jutaan pil dirampas dalam operasi sedunia

Lebih 55 tan dadah termasuk dadah kokain dan heroin serta berjuta-juta pil dadah sintetik dirampas dalam operasi-operasi polis terselaras yang dilancarkan di 93 buah negara, menurut pertubuhan polis Interpol pada Rabu (17 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 55 tan dadah, jutaan pil dirampas dalam operasi sedunia

Filipina adalah antara 93 negara yang menyertai Operasi Lionfish, di mana lebih 55 tan dadah dirampas. (Gambar: Interpol)

Diterbitkan : 17 Oct 2018 10:33PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 10:43PM

PARIS: Lebih 55 tan dadah termasuk dadah kokain dan heroin serta berjuta-juta pil dadah sintetik dirampas dalam operasi-operasi polis terselaras yang dilancarkan di 93 buah negara, menurut pertubuhan polis Interpol pada Rabu (17 Okt).

Dadah-dadah yang dirampas itu termasuk dadah kokain yang disembunyikan di dalam sebuah jentera penggelek jalan di sebuah kapal, yang dijadual berlepas dari Brazil ke Ivory Coast.

(Gambar: Interpol)

Selain itu, sebuah makmal memproses dadah ekstasi di Belanda ditemui dan pil 'captagon' yang popular di rantau Timur Tengah turut dirampas.

Interpol, yang berpangkalan di bandar Lyon di Perancis, menyatakan bahawa seramai 1,300 individu diberkas dalam operasi yang diberi nama 'Lionfish' antara 17 September hingga 8 Oktober.

Sementara itu, 18 juta pil Yaba dirampas dalam serbuan yang dilancarkan di Asia Tenggara. Pil sintetik itu juga dikenali sebagai "dadah gila".  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan