Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 500 pendaki Gunung Rinjani berjaya dibawa turun

500 pendaki dan pemandu mereka berjaya dibawa turun dari Gunung Rinjani

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 500 pendaki Gunung Rinjani berjaya dibawa turun

Pemandangan dari Gunung Rinjani, Lombok. (Gambar: Facebook/Wisata Indonesiaku)

Diterbitkan : 31 Jul 2018 03:46PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 03:50PM

MATARAM : Lebih daripada 500 pendaki dan pemandu mereka berjaya dibawa turun dari Gunung Rinjani selepas dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang menyebabkan kejadian tanah runtuh.

Jurucakap agensi bencana alam kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, kesemua 543 pendaki itu tiba malam tadi (30 Jul).

"Masih ada lagi baki enam pendaki yang perlu diselamatkan. Semuanya berada dalam keadaan sihat dan selamat," katanya.

Encik Sutopo berkata, seramai 820 pendaki, kebanyakannya rakyat asing sedang mendaki Gunung Rinjani apabila gempa bumi itu berlaku, menyebabkan dua laluan tertutup sama sekali.

Dianggarkan 560 pengunjung yang telah pun dibawa turun termasuk warga asing dari Amerika Syarikat, Perancis, negeri Belanda, Thailand dan Jerman.

"Sebilangan besar daripada mereka tiba di kaki gunung malam semalam dalam keadaan penat tetapi sihat. Mereka sudah diperiksa pasukan perubatan kami," kata o I Gusti Lanang Wiswananda, jurucakap bagi agensi mencari dan menyelamat Mataram.

Menurut pihak berkuasa, gempa bumi sekuat 6.4 pada skala Richter Ahad lalu meragut 16 nyawa manakala lebih 150 lagi cedera dalam insiden itu yang turut dirasai sehingga ke barat Bali.

Taman Negara Gunung Rinjani dalam satu kenyataan menerusi Twitter semalam berkata, laluan utama di Senaru telah dibuka
bagi membolehkan semua pendaki dibawa turun.

Mereka berkata, pendaki lazimnya mengambil masa dua hari dan satu malam untuk mendaki dan menuruni Rinjani. 

Sumber : Agensi berita/SU/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan