Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 500 hidup gelandangan di Johor Bahru dek pandemik, lebih terdedah risiko COVID-19

Lapisan kanvas tipis menjadi pelindung kepada mereka yang tinggal di tepi-tepi jalan raya Johor Bahru.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 500 hidup gelandangan di Johor Bahru dek pandemik, lebih terdedah risiko COVID-19

Gambar: Yayasan Kebajikan Suria/Facebook

JOHOR BAHRU: Lapisan kanvas tipis menjadi pelindung kepada mereka yang tinggal di tepi-tepi jalan raya Johor Bahru.

Bagi Mei Ai, 32 tahun, ruang kecil yang dibarisi kotak-kotak kadbod menjadi almari, sofa pada waktu siang dan katilnya pada malam hari.

Kehidupannya sepanjang tahun lalu amat mencabar selepas kehilangan pekerjaan di Singapura menyusuli penutupan sempadan dengan Malaysia.

Sejak itu Mei Ai, yang bergelut dengan masalah berat badan, kini tertekan dan risau.

"Kalau dulu, boleh kerja, boleh cari kawan. Saya pun happy la. Tapi sekarang tak ada, semua hilang," kongsi beliau yang sekarang hidup sebagai gelandangan di Johor.

Daniel Haikal, 38 tahun, turut senasib dengannya.

Bekas syarikat majikannya di Singapura gulung tikar selepas terjejas teruk oleh pandemik COVID-19. Selepas wang simpanannya merosot, Daniel tiada pilihan lain dan kini hidup di jalanan.

Daniel dan Mei Ai merupakan antara mereka yang kini gelandangan.

Dengan keadaan pandemik tidak pasti bila akan berakhir, mereka bimbang keadaan akan hanya menjadi bertambah buruk.

"Memang risau, ada juga kita bincang dengan kawan-kawan, tapi nak buat apa buat masa ini? Kita pun duduk kat sini, tengok NGO, bulan sabit merah, apa nasihat mereka," kongsi Daniel.

LEBIH TERDEDAH KEPADA COVID-19

Golongan gelandangan seperti Daniel dan Mei Ai menghadapi risiko tinggi dijangkiti virus COVID-19 disebabkan tiada tempat tinggal tetap dan sanitasi yang sempurna.

Kebanyakan mereka juga kurang sihat.

Mematuhi protokol kesihatan seperti mengasingkan diri bukan perkara mudah.Tidak seperti rakyat Malaysia lain yang mempunyai rumah sendiri untuk berlindung daripada gejala COVID-19, golongan gelandangan tidak mempunyai banyak pilihan selain pasrah.

Mujur, Yayasan Kebajikan Suria merupakan salah satu daripada banyak NGO di Johor Bahru yang tampil untuk membantu.

Para sukarelawan mengagihkan makanan panas yang didermakan beberapa pertubuhan dan orang ramai.

Menurut pihak NGO, mereka menyaksikan lebih ramai orang terpaksa tinggal di jalanan sejak pandemik COVID-19 melanda.

LEBIH 500 HIDUP GELANDANGAN

Dianggarkan terdapat lebih 500 orang kini hidup di tepi-tepi jalan di Johor Bahru.

"Kami tidak dapat membantu mereka 100 peratus tetapi kelaparan adalah sesuatu yang, seperti anda tahu, anda memerlukan makanan. Oleh sebab keadaan COVID-19 ini, kami sedang berusaha sebaik mungkin. Kawasan ini melaksanakan langkah-langkah yang ketat. Memakai sarung tangan, jarak sosial, kami semua mengambil langkah berjaga-jaga," kata Pengasas Yayasan Kebajikan Suria Permas Johor Bahru James Ho.

Pihak NGO juga sedang berusaha menggalakkan golongan gelandangan agar mendapatkan vaksinasi.

Mercy Malaysia misalnya menggunakan dana sendiri selain tenaga sukarelawan bagi membantu kementerian kesihatan menjalankan proses vaksinasi bagi kumpulan gelandangan, bulan depan.

Vaksinasi diharap akan menawarkan ketenangan kepada mereka yang terdedah kepada jangkitan di jalan-jalan di Johor Bahru.

Ini sedang mereka menantikan masa depan yang lebih cerah, mungkin tidak lama lagi. 

Sumber : CNA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan