Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 36,000 jemaah haji selamat sampai di Arab Saudi menerusi inisiatif Laluan Makkah

Lebih 36,000 jemaah haji dari Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia sudahpun selamat tiba di Arab Saudi menaiki 90 penerbangan antara 4 hingga 11 Julai sebagai sebahagian daripada inisiatif Laluan Makkah.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 36,000 jemaah haji selamat sampai di Arab Saudi menerusi inisiatif Laluan Makkah

Pesawat membawa rombongan kedua jemaah Indonesia yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Laluan Makkah atau 'Makkah Route' selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdul Aziz di Madinah. (Gambar: Arab News/Instagram)

Diterbitkan : 14 Jul 2019 09:26PM Dikemas Kini : 14 Jul 2019 09:27PM

RIYADH: Lebih 36,000 jemaah haji dari Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia sudahpun selamat tiba di Arab Saudi menaiki 90 penerbangan antara 4 hingga 11 Julai sebagai sebahagian daripada inisiatif Laluan Makkah.

"33 penerbangan yang membawa 13,317 jemaah haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah sementara 57 penerbangan yang membawa 23,427 jemaah haji tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdul Aziz di Madinah," kata direktorat kepada Arab News.

Keseluruhannya, seramai 36,477 jemaah haji dicatatkan sampai ke Tanah Suci semasa tempoh itu.

Menurut Agensi Akhbar Saudi, ketibaan para jemaah haji dialu-alukan semua badan yang mengambil bahagian dalam inisiatif tersebut - dari saat mereka meninggalkan tanah air ke saat mereka tiba di kediaman mereka sama ada di Makkah atau Madinah.

Inisiatif Laluan Makkah dijangka melibatkan 225,000 jemaah yang tiba dari lapangan-lapangan terbang di Malaysia, Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Tunisia. Perkhidmatan itu termasuk mengeluarkan visa, memastikan pematuhan terhadap keperluan kesihatan selain pengkodan dan penyusunan bagasi di lapangan terbang di negara tanah air jemaah.

Ini membolehkan mereka memendekkan prosedur pemeriksaan setibanya menjejakkan kaki di Arab Saudi dan terus menuju ke bas yang sedang menunggu untuk membawa mereka ke tempat penginapan di Makkah serta Madinah.

Pihak berkuasa perkhidmatan akan menghantar bagasi para jemaah ke tempat penginapan mereka di Tanah Suci. Inisiatif tersebut bertujuan menyediakan khidmat yang terbaik mungkin bagi para jemaah dengan memastikan kemasukan jemaah ke Arab Saudi dari lapangan terbang negara masing-masing berjalan lancar.

Kementerian Ehwal Luar memberi bantuan kepada penerima inisiatif visa e-Haji selepas memasukkan maklumat jemaah haji dalam pengesanan visa haji elektronik.  

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan