Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 35,000 penduduk di tengah Jepun diarah pindah ekoran tanah runtuh

Lebih 35,500 penduduk di wilayah Shizuoka tengah Jepun diarah untuk berpindah dengan serta merta pada Sabtu (3 Jul) menyusuli satu kejadian tanah runtuh baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 35,000 penduduk di tengah Jepun diarah pindah ekoran tanah runtuh

Satu lagi kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di wilayah Kanagawa, barat Tokyo, Jepun pada 3 Jul 2021 (Gambar: AP/Kyodo News)

Diterbitkan : 03 Jul 2021 03:28PM Dikemas Kini : 03 Jul 2021 03:33PM

TOKYO: Lebih 35,500 penduduk di wilayah Shizuoka tengah Jepun diarah untuk berpindah dengan serta merta pada Sabtu (3 Jul) menyusuli satu kejadian tanah runtuh baru-baru ini.

Menukil agensi berita Kyodo, Sputnik melaporkan kejadian tersebut mencetuskan kebimbangan berlakunya kejadian tanah runtuh susulan.

Sekitar 20 orang dilaporkan hilang di bandar Atami selain sejumlah rumah musnah setelah berlaku kejadian tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat, menurut media rasmi.

Pihak berkuasa Shizuoka mengisytiharkan amaran kecemasan tahap tertinggi bagi beberapa kawasan di wilayah itu.

Operasi menyelamat sedang dijalankan di kawasan yang terjejas di Atami.

Menurut laporan media, keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan