Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 32,000 penunjuk perasaan banjiri jalan raya merata Perancis

Perancis sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga peringkat tinggi menyusuli berlakunya bantahan anti pemerintah yang bertukar ganas.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 32,000 penunjuk perasaan banjiri jalan raya merata Perancis

(Gambar: Christian Hartmann/Reuters)

Diterbitkan : 13 Jan 2019 04:42PM Dikemas Kini : 13 Jan 2019 04:54PM

PARIS: Perancis sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga peringkat tinggi menyusuli berlakunya bantahan anti pemerintah yang bertukar ganas.

Menurut pihak berkuasa lebih 32,000 penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan raya di seluruh Perancis pada hujung minggu ini.

Pertempuran berlaku di Paris, yang menjadi pusat tunjuk parasaan dan penjarahan sepanjang dua bulan lalu.

Sekitar 80,000 anggota pasukan keselamatan sudah dikerah di seluruh negara sementara 5,000 polis pencegah rusuhan ditugaskan mengawal keamanan di Paris sahaja.

Menurut Polis sekitar 30 orang sudah ditangkap atas kesalahan membawa senjata dan dakwaan lain.

Para penunjuk perasaan menuntut Presiden Emmanuel Macron meletak jawatan kerana didakwa mengabaikan nasib jutaan rakyat miskin negara itu.

Sumber : Reuters/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan