Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 30 orang terbunuh dalam serangan kembar di Burkina Faso

Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan 80 lagi cedera apabila orang-orang bersenjata melakukan serangan berkembar di Ouagadougou, iaitu ibu kota Burkina Faso pagi tadi (3 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Mar 2018 08:50PM Dikemas Kini : 04 Mar 2018 12:06AM

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan 80 lagi cedera apabila orang-orang bersenjata melakukan serangan berkembar di Ouagadougou, iaitu ibu kota Burkina Faso pagi tadi (3 Mac).

Sasaran serangan itu ialah Kedutaan Perancis dan ibu pejabat tentera negara Afrika Barat.

Serangan di ibu pejabat tentera termasuk letupan bom kereta yang membunuh 28 orang dan menyebabkan kerosakan besar harta-benda.

Lapan askar pula terbunuh dan 80 orang cedera dalam serangan di Kedutaan Perancis. Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab tetapi pihak berkuasa mengesyaki ia berkaitan pengganasan.

Serangan itu berlaku ketika sedang berlangsung mesyuarat anti pengganasan serantau di ibu kota Burkina Faso.

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan