Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 3,300 pelajar tercicir sekolah di Selangor tahun ini

Seramai 3,311 pelajar di Selangor dilaporkan keciciran persekolahan pada tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 3,300 pelajar tercicir sekolah di Selangor tahun ini

Seramai 3,311 pelajar di Selangor dilaporkan keciciran persekolahan pada 2019. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 21 Mar 2019 06:17PM Dikemas Kini : 21 Mar 2019 06:20PM

KLANG: Seramai 3,311 pelajar di Selangor dilaporkan keciciran persekolahan pada tahun ini.

Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Salleh Mohd Kassim, berkata antara faktor penyebabnya yang dikenal pasti adalah mereka berkahwin, tidak berminat ke sekolah, digantung dan dibuang sekolah.

Menurut Encik Mohd Salleh, empat daerah mencatatkan jumlah pelajar keciciran persekolahan yang tinggi iaitu di Petaling Perdana, Klang, Hulu Langat dan Gombak.

"Peratus yang lebih tinggi dan ketara terlibat dengan masalah keciciran persekolahan ini adalah sekolah di peringkat menengah.

"Ada pelajar yang mempunyai masalah keluarga seperti kemiskinan, di mana pelajar terpaksa bekerja untuk menyara diri, masalah kesihatan, masalah pengangkutan dan ada juga yang dipengaruhi dadah," katanya kepada para wartawan hari ini (21 Mac), selepas merasmikan Program Sifar Murid Cicir Negeri Selangor di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang.

Encik Mohd Salleh berkata pelbagai usaha dijalankan bagi mengurangkan masalah keciciran pelajar, antaranya menerusi Program Sifar Murid Cicir.

"Program ini merangkumi tiga jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir (JPMC), Jawatankuasa Peningkatan Enrolmen Pendidikan Menengah (JPEM) dan Jawatankuasa Pengurusan Murid Berisiko Cicir (JPMBC).

"Jabatan ini menyasarkan 60 peratus atau 1,987 murid akan kembali ke sekolah melalui Program Sifar Murid Cicir dalam tempoh setahun," katanya.

Menurutnya lagi, dalam tempoh antara Januari dan Februari 2019, terdapat kesan positif yang ketara di mana terdapat penurunan dari segi bilangan keciciran pelajar.

"Ramai sudah kita bawa masuk kembali ke sekolah, contohnya tadi seramai tujuh murid, enam sekolah rendah dan seorang sekolah menengah" katanya.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan