Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 25 haiwan ternakan milik 'Kampong Boy' M'sia ditemui mati

Remaja yang terkenal dengan jolokan ‘Kampung Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ terpaksa berdepan dengan episod duka pada Isnin (14 Sep) apabila dipercayai lebih 25 ekor haiwan ternakan termasuk kerbau milik bapanya didapati sudah tidak bernyawa pada pagi ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 25 haiwan ternakan milik 'Kampong Boy' M'sia ditemui mati

(Gambar: Dallah Deen Photography)

Diterbitkan : 14 Sep 2020 03:15PM Dikemas Kini : 14 Sep 2020 03:16PM

KUALA TERENGGANU: Remaja yang terkenal dengan jolokan ‘Kampung Boy’ atau ‘Mowgli Malaysia’ terpaksa berdepan dengan episod duka pada Isnin (14 Sep) apabila dipercayai lebih 25 ekor haiwan ternakan termasuk kerbau milik bapanya didapati sudah tidak bernyawa pada pagi ini.

Muhammad Syukur Khamis, 15, meluahkan perasaan sedihnya itu di laman sosial Facebook ‘Syukor Khamis - Kampong Boy’ kira-kira pukul 11 pagi tadi memaparkan proses menanam bangkai haiwan kesayangannya itu.

Beliau berkata kejadian di Kampung Banggol Katong itu adalah dugaan besar buat keluarganya dan tidak menolak kemungkinan ia disebabkan wabak penyakit.

“Mungkin sekarang musim wabak, kami sekeluarga mengharapkan doa dari semua agar musibah ini segera berakhir,” katanya dalam catatan di laman sosial itu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut memberi kata-kata perangsang kepada Muhammad Syukur dan bapanya Khamis Jusoh, 64, agar tabah dengan ujian yang melanda mereka sekeluarga.

“Kepada anakanda Muhammad Syukur sekeluarga, banyakkan bersabar…sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah,” katanya menerusi laman sosial Facebook rasmi miliknya.

Netizen juga memberikan kata-kata semangat kepada Muhammad Syukur dan berharap wabak tidak akan menjejaskan ternakan lain.

Muhammad Syukur menjadi buruan lensa jurugambar dalam dan luar negara sejak beberapa tahun lalu setelah gambar aksinya bersama lebih 100 ekor kerbau tular di media sosial dan mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan