Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Lebih 200 maut dalam keganasan di Nigeria

Lebih 200 penduduk maut menyusuli keganasan ke atas masyarakat petani minggu lalu di wilayah Plateau, di bahagian tengah Nigeria, menurut ucapan Gabenornya yang diterbitkan hari ini (27 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 200 maut dalam keganasan di Nigeria

Askar Nigeria menunjukkan bendera Boko Haram yang ditawan. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 27 Jun 2018 09:56PM Dikemas Kini : 27 Jun 2018 10:00PM

NIGERIA: Lebih 200 penduduk maut menyusuli keganasan ke atas masyarakat petani minggu lalu di wilayah Plateau, di bahagian tengah Nigeria, menurut ucapan Gabenornya yang diterbitkan hari ini (27 Jun).

Selepas mesyuarat bersama Presiden Muhammadu Buhari di ibu kota Jos pada malam semalam (26 Jun), Encik Simon Lalong berkata bahawa pertempuran berkenaan meragut nyawa lebih 200 penduduk.

Pihak polis yang menuduh pengembala lembu atas keganasan itu, sebelum ini menyatakan bahawa 86 penduduk terbunuh. Namun, beberapa sumber tempatan dari masyarakat yang terjejas melaporkan bahawa lebih 100 penduduk mati.

Persatuan utama yang mewakili para pengembala ternakan yang berpindah randah, menafikan bahawa mereka terbabit dalam pembunuhan itu.

Keganasan tersebut adalah yang terbaru dalam beberapa bulan kebelakangan ini di Nigeria.

Pertempuran-pertempuran tersebut berpunca dari ketegangan berhubung akses kepada tanah antara penternak dan petani tetap. Namun ia menjalar menjadi ketegangan antara golongan muslim dan kristian.

Encik Lalong percaya bahawa terdapat "unsur jenayah" yang memburukkan lagi ketegangan itu termasuk "pedagang yang saling bermusuhan" dan terbabit dalam kes mencuri ternakan dan jenayah-jenayah lain.

Presiden Buhari mula berkuasa pada 2015 dengan janji untuk membanteras kebimbangan keselamatan di seluruh negara, terutamanya Boko Haram, yang sudah membunuh sekurang-kurangnya 20,000 orang sejak 2009 hasil pemberontakannya.

Namun, janjinya dipersoalkan sedang keganasan konflik yang berpanjangan antara penternak dan petani itu membangkit semula dengan pilihan raya bakal menyusul pada Februari tahun depan.

Awal bulan ini, para angota parlimen mengancam mahu mendakwa Presiden Buhari kerana ketua keselamatannya gagal melindungi nyawa dan harta benda.

Pemimpin berusia 75 tahun itu semalam berkata bahawa beliau akan terus memberi tekanan kepada anggota agensi penguatkuasaan undang-undang di bawah pimpinannya mengikut perlembagaan.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan