Images
  • Thailand Phuket Tourism COVID-19
    (Gambar: Jack TAYLOR / AFP)

Lebih 20,000 pelawat asing kunjungi Thailand pada Okt susuli pembukaan berperingkat

BANGKOK: Thailand menyambut ketibaan 20,272 pelawat asing pada Oktober, naik daripada 1,201 pelawat yang mengunjungi negara itu pada tempoh yang sama tahun lalu, menurut data kementerian pelancongan pada Selasa (23 Nov).

Ini didorong oleh program perintis di pulau Phuket dan Samui.

Skim itu dilancarkan lebih awal sebelum langkah pembukaan semula bebas kuarantin di negara-negara Asia Tenggara pada 1 November, bertujuan untuk merancakkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk oleh pandemik koronavrius.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober, terdapat seramai 106,117 pelawat asing, namun ia satu kemerosotan ketara berbanding 6.7 juta pelawat asing yang dicatatkan pada awal 2020 sebelum langkah sekatan ketat dilaksanakan dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Agensi perancangan meramalkan hanya terdapat 200,000 pelawat asing tahun ini dan lima juta pengunjung pada tahun depan. Ini berbanding dengan 40 juta pelawat asing yang membelanjakan 1.91 trilion baht (S$78.7 juta) pada 2019.

- Reuters/HA/ha

Top